Monday, May 12, 2014

KUIZ PRM3102




Jawab semua soalan yang diberikan dibawah.
Hantarkan jawapan anda dalam bentuk words dengan menulis abjad   jawapan sahaja dan dihantar ke emel En Suhaimee iaitu  feleceh@yahoo.com sebelum atau pada jam 2 petang 13 Mei 2014

 1.    Satu persembahan muzik dan pergerakan yang sangat baik dilakukan oleh murid-murid
     prasekolah dalam kumpulan  besar dan mantap dengan dipimpin oleh seorang guru.  Persembahan pergerakan ini dikenali sebagai

A         terurus
B         spontan
C         automatis
D         gerak postur 



2.         Terdapat beberapa unsur pergerakan yang perlu diketahui oleh setiap guru semasa membuat sesuatu pergerakan kreatif
           
Pilih unsur pergerakan yang betul.
I           Ruang dan aras
II          Daya komunikasi
III         Masa dan dinamik
IV        Pergerakan aliran
V         Pergerakan simbol


            A         I, II dan III sahaja
      B         II, III dan IV sahaja
      C         I,II, IV dan V sahaja
      D         I, III, IV dan V sahaja    




3.         Gabungan kemahiran lokomotor asas dengan frasa pengajaran di bawah adalah benar, kecuali

A         berlari berjengket – aras
B         berjalan mengikut hala zig-zag – tubuh badan
C         berlari dengan muka dongak dan memandang lurus ke hadapan-  tubuh badan
D         berjalan sambil mengubah tempat dengan bunyi bising kemudian beransur-ansur senyap - arah




4.         Pergerakan Kreatif bertujuan untuk membantu murid-murid  menyelesaikan masalah dan melahirkan perasaan masing-masing

Pilih satu aktiviti pergerakan kreatif.

            A         Skip
            B         Kayuh
C          Gulingan
D         Gerak Tari


5.         Dalam menghasilkan satu pergerakan, unsur-unsur pergerakan kreatif diperlukan dan urutan langkah-langkah yang manakah betul.
            A            tubuh badan           masa          daya          ruang
            B             tubuh badan           daya          masa          ruang
            C            tubuh badan           masa         ruang         daya
            D            tubuh badan           ruang        masa         daya


6.         Aktiviti pembelajaran di dalam kelas melibatkan pembelajaran koperatif, murid-murid diajar bekerjasama, berinteraksi dan saling bantu-membantu.
                         Pembelajaran koperatif yang dimaksudkan di atas ialah
           A          peneguhan sosial diberikan kepada kumpulan yang menunjukkan prestasi cemerlang
           B          selepas membaca, murid-murid disuruh menjawab soalan-soalan dalam latihan kefahaman.
           C        semasa aktiviti pembelajaran individu, guru memainkan peranan   sebagai pembimbing atau tutor
   D        Ujian tidak diperlukan bagi mengesan kemajuan atau pencapaian murid-murid dalam kumpulan.
 7.



Cikgu Norwati menerangkan mengenai konsep-konsep muzik seperti harmoni, warna ton, melodi, irama, tekstur dan bentuk sebelum membuat pergerakan. Guru tersebut haruslah memberi peluang seluas-luasnya kepada murid-murid memahaminya




7.      Pernyataan aktiviti murid di atas ini sesuai untuk
         A         meniru
         B         menulis
         C         mendengar
         D         memberi pengalaman


         






               


        8.        Terdapat pelbagai cara untuk meneroka muzik dengan pergerakan. Cara penerokaan berikut yang                  paling sesuai ialah meneroka
         A         konsep muzik
         B         idea dan isi kandungan
         C         pengalaman gerakan tari
         D         imbangan badan dan ruang 
   
                                                                

9.         Pilihan yang sesuai bagi menjelaskan  contoh konsep muzik dalam pergerakan bagi prasekolah  di bawah ialah

A         melodi- murid menepuk patah perkataan
        
B         bentuk- gunakan meter simple duple atau kuadruple

C         tekanan- gunakan pergerakan tangan atau kedudukan badan untuk menunjukkan pic

D         jalinan- pergerakan seperti susup menyusup dalam pembentukan sesuatu bentuk atau formasi



10.       Terdapat lima jenis kegiatan pergerakan dengan muzik
            Manakah benar bagi menunjukkan perkembangan yang mudah

A         Gerakan bebas dan konsep-konsep muzik
B         Gerakan yang menunjukkan cerita dan bebas
C         Gerakan bebas dan lirik-lirik lagu dengan muzik
D         Gerakan mengikut lirik-lirik lagu dan interpretasi muzik



11.       Terdapat pelbagai jenis integrasi yang digunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran`. Buat urutan yang betul bagi penggabungjalinan sesuatu pengajaran dan pembelajaran muzik dengan pergerakan

I           meniru
II          menulis
III         improvisasi
IV        memberi  pengalaman
V         mendengar dan melihat

A         V,II,VI,III dan I
B         V,I,III,VI dan II
C         V,VI,II,I dan III
D         V,I,VI, III dan II

12.       Sekiranya seorang guru prasekolah itu sedang mengajar Matematik menggunakan konsep integrasi dan aktiviti pembelajarannya ialah teselasi.
Tema lagu yang sesuai diintegrasikan ialah
A         count
B         shapes
C         bodmas
D         multiply
           

13.       Bidang nyanyian memberi tumpuan dan penegasan kepada aspek postur, pendengaran, sebutan, pernafasan dan teknik pengeluaran suara.

            Apresiasi muzik dan pergerakan  dalam nyanyian di atas tertumpu kepada

A         gerakan mengikut lirik lagu
B         gerakan bebas dengan muzik
C         interpretasi muzik dan gerakan dalam nyanyian
D         gerakan mengikut tema lagu yang dinyanyikan

14.       Tunjuk cara yang manakah benar jenis simulasi dalam melakukan aktiviti-aktiviti pergerakan asas muzik dan pergerakan ?
A         Asas lokomotor
B         Asas permainan
C         Asas main peranan
D         Asas bukan lokomotor














15.       Cikgu Rihanna menjalankan aktiviti-aktiviti penghayatan pergerakan dengan lagu di prasekolah.

Manakah cara penerangan yang menarik perhatian murid dalam set induksi bagi hubungan pergerakan dengan muzik.

A         menggunakan teknik bercerita
B         menulis lagu dan mengimprovisasi
C         menyoal dan meminta pelajar mengimitasi
D         membangkitkan perasaan ingin tahu dan menggunakan alat bantu mengajar

 16.      Tunjuk cara gerak-geri yang sesuai untuk menjiwai dan menghidupkan   puisi
              ialah

            A         gerak improvisasi

            B         melihat dan mendengar

            C         mendengar , merasai dan berimiginasi

            D         melihat, member pengalaman dan intepretasi bunyi


17.      Cikgu John Kakinang menggunakan gerak- geri tangan untuk memberi penekanan terhadap perkara penting dalam pengajaran puisi yang dilaksanakan
           
Langkah ini memerlukan kemahiran



            A         set induksi

            B         peneguhan  
           
C         penutup sosial

            D         variasi rangsangan







18.       Keutamaan-keutamaan tunjuk cara dalam aktiviti pergerakan muzikal terarah adalah seperti berikut kecuali

A         murid-murid mempunyai kebebasan bergerak
B         idea, prinsip dan konsep-konsep dapat diilustrasikan
C         perhatian murid-murid dapat dikekalkan dengan baik
D         murid-murid dapat melihat dan mendengar tentang apa yang berlaku


19.       Aktiviti pembelajaran pentomin dan dramatari yang sesuai dijalankan dalam kumpulan pelbagai kebolehan ialah aktiviti


A         permainan dan lakonan

B         lakonan dan sumbangsaran

C         pengukuhan dan permainan

D         sumbangsaran dan permainan



20.       ”Tujuannya ialah melahirkan mood tersendiri dan emosi atau pemikiran mengenai perwatakan penting. Kandungan yang beremosi dalam sesebuah adegan dan peka dengan emosi yang berbagai-bagai supaya disesuaikan dengan komunikasi muzik dan suara harmoni”

Konsepsi muzik dengan pergerakan yang paling sesuai di atas  ialah


A         membuat efek-efek tambahan

B         muzik sebagai interior monolog

C         membangkitkan emosi penonton

D         menutup kelemahan yang wujud dalam dramatari


Bahagian B

Nyatakan benar atau  salah bagi pernyataan-pernyataan dibawah:
1. PRM 3102 ialah merupakan kertas amali yang melibatkan pergerakan, muzik  dan                elemen seni visual  
   Jawapan: Betul   / Salah

2. Koreografi tidak dipentingkan dalam perancangan dan  pelaksanaan     sesuatu                      persembahan.
     Jawapan: Betul   / Salah

3. Semasa melakukan persembahan peserta-peserta dibenarkan berbual-bual  dan                   memberi arahan untuk  mendapatkan kejituan di dalam persembahan.
      Jawapan: Betul   / Salah

4. Persembahan yang baik adalah persembahan yang lancar dan tidak terputus-putus               di sepanjang masa  persembahan yang diperuntukkan
   Jawapan: Betul   / Salah

5. Pergerakan kreatif  memerlukan kawasan yang luas untuk aktivitinya.
    Jawapan: Betul   / Salah

6. Elemen Dinamik  di dalam sesebuah persembahan banyak membantu dalam                         memberikan kesan dari segi kelajuan dan kelancaran sesuatu persembahan
  Jawapan: Betul   / Salah

7. Penggunaan kostum dan prop yang sesuai banyak memberi kesan dari aspek visual               sesuatu persembahan.
  Jawapan: Betul   / Salah

8. Storyboard tidak diutamakan oleh sesebuah persembahan kerana ianya                                 melecehkan        dan menghalang aspek pergerakan kreatif.
      Jawapan: Betul   / Salah
  
9. Pergerakan di dalam persembahan mesti berdasarkan lirik sesebuah lagu.
     Jawapan: Betul   / Salah

10. Unsur-unsur Kecindan perlu dimasukkan ke dalam persembahan untuk memupuk                "Sense of Humor" dan untuk mengelakkan kebosanan penonton.
Hantar  jawapan sebelum atau pada jam 2 tgh 13 mei 2014  
Jawapan: Betul   / Salah.


Kuiz Tamat

Hantarkan semua jawapan anda kepada : feleceh@yahoo.com
Dalam format words. Hanya jawapan sahaja  tak perlu salin soalan. Tulis nama sebenar dan no fon pada ruang subject.
kalau nak paste gambar pun boleh
 selamat menjawab.

Masa tamat : jam 3.petang 13 mei 2014           








(